Alif Ba Ta Duniaku

Alif Ba Ta Duniaku

Tentang Aku



Aku lebih dikenali dengan nama Syida Mustafa


Aku seorang ibu kepada 3 orang anak 2 lelaki dan seorang perempuan.berkahwin dalam usia yang agak muda gak la…hehehe.. Aku seorang yang agak pendiam sebenarnya. Orang akan ambil masa yang agak lama nak faham & nak mesra dengan aku.Sesiapa yang dah kenal aku tu tahu lah aku macamana.Bukan skema pun orangnya, nampak je skema..walhallll…hehehe…

Aku jenis yang suka wat hal sendiri. Luaran aku gak beza ngan dalaman aku…nampak macam sombong & garang,….tapi sebenarnya lembut & cool hokeyyy….Heheheh….

Aku minat menjahit sebenarnya. Boleh jahit baju sendiri & baju orang lain jugak.Baju kurung boleh, mini kurung boleh, kebaya, kaftan dan lain-lain..Aku ambil upah jahit ni part time jer. Ikut kerajinan aku lah. Yang nak order baju tu kena bagi aku masa sebulan untuk siapkan sepasang.Gila lama ehh…hihii…alamaklumlah aku ni bekerja.

Aku bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah company swasta. Tapi bukan lah engineer yang hebat-hebat tu.. aku biasa-biasa je…

Dulu aku belajar di UiTM Fakulti Kejuruteraan. Result pun cukup-cukup makan.heheheh…maklumlah…Engineering ni subjek killer banyak…tapi ajal lum sampai, nak kill macam mana pun tetap hidup…hahha…(ada ker camtu…kuikuii)

Aku bersekolah di sekolah berasrama dari form 1 sampai lah ke form 5, Pastu sambung belajar pun dok asrama.tak pernah menyewa rumah pun…hehehe…Pastu kerja pun dok hostel…hikhikk…budak asrama betul aku ni kan…

Start umur 10 tahun aku dibesarkan di tanah Felda. Abah seorang peneroka Felda. Membesar dengan hasil titik peluh abah menuai sawit setiap bulan. Yuppp, aku bukan anak orang senang pun. Banyak kesusahan yang aku sempat merasa dan tak boleh lupa. Sedih juga bila teringat zaman susah…nak cerita pun kang orang tak percaya & nampak klise pulak kan….Aku ank kedua dari 8 orang adik beradik…Bayangkanlah, seusia 10 tahun aku dah ada 6 orang adik-adik yang masih kecil. So, relevan tak dengan kesusahan yang aku pernah rasa?...relevan kann…huhuu…(takmau la citer sedih..heheh)

Totally aku memang tak dibesarkan dengan kemewahan. Tak dibiasakan dengan baju yang mahal-mahal apatah lagi mainan …huuuu…main pondok-pondok je kat laman rumah. Amik tempurung kelapa jadi mangkuk, masak daun-daun, bunga, kutip-kutip tunas-tunas benih sawit makan isi  dia….hahaha..

tapi yang terbaiknya, walau aku kurang dari segi kemewahan harta benda, aku dibesarkan dengan kemewahan kasih sayang. Abah seorang abah yang sangat penyayang. Emak pula seorang yang cerewet , tegas tapi sangat rajin…(huuu..rindu mak). Kami adik beradik membesar secara independent, aku jaga adik-adik.Adik-adik jaga adik-adik yang lain…ehhh?...hehehe adik beradik ramai kan…cenggitu laa..sebab tu kami sayang satu sama lain, kalau salah seorang dari kami ditimpa masalah, kami tetap support even antara kami ada buat salah.Kami tetap support sedaya upaya jernihkan keadaan…banyak lah yang kami dah tempuh..banyak sangat ujian.Tapi Alhamdulillah kami adik beradik tak pernah berbalah…sampai tak bertegur sapa tu memang tak ada dalam kamus kitorang….bukan nak puji diri sendiri tapi tulah hakikat kesan dari didikan mak abah yang pentingkan nilai-nilai murni berbanding harta benda…sob.. sob…

Eh, lajak pulak citer pasal adik beradik..

Ok, aku dilahirkan disebuah kampong di Masai Johor Bahru, lahir kat rumah je tak gi hospital pon…hehehe…Lahir 12 rabiulawal subuh Isnin…hee..mak kata macam RasullullahS.A.W aku punya tarikh lahir…hehehe…

Haa…itu je tentang aku. Tak de yang luar biasa….dan takde yang istimewa…moga aku gagah nak teruskan penulisan blog aku ni… Oh Strong!!!....ngeh..ngeh…

No comments:

Post a Comment

Nak komen?...Silakan...