Alif Ba Ta Duniaku

Alif Ba Ta Duniaku

Friday, 21 June 2013

TAKDIR

Lama sungguh tak update blog.Macam biasa, sangat sibuk uruskan kehidupan harian.Sampailah hari ni, di hari Jumaat yang mulia ni, aku terbaca artikel ilmiah menceritakan tentang takdir.Hehehe...topik yang aku rasa aku patut faham dan ambil tahu. So, aku copykan di sini untuk sesiapa lah yang terjumpa dan nak baca seterusnya nak memahami.... :)



Takdir mempunyai beberapa bahagian, pertama ialah takdir di dalam ilmu Allah
yang azali. Ia bermaksud Allah telah mengetahui segala-galanya sebelum ia
benar-benar berlaku. Takdir di dalam bentuk ini tidak boleh dan tidak mungkin
berubah secara mutlak. Jika ia berubah ia mencacat kesempurnaan Allah dan hal
ini adalah mustahil di sisi Allah.

Berhubung dengan ini Allah berfirman:
"Keputusan di sisiKu tidak akan berubah dan Aku sekali-kali tidak menzalimi
hamba-hambaKu." (Surah Qaaf ayat 29)

Takdir ini dikenali sebagai qada mubram atau 'takdir yang pasti' dan
mengingkarinya akan menyebabkan seseorang menjadi kafir mengikut ijmak ulama.

Takdir yang kedua ialah takdir yang tertulis di Lauh Mahfuz dan ia dikenali
juga sebagai takdir mu'allaq. Mengikut K.H. Sirajuddin Abbas di dalam buku 40
Masalah Agama, takdir ini boleh berubah dari masa ke semasa, sebagai contoh,
jika seseorang telah ditakdirkan hidup hingga ke usia 60 tahun, dan beliau
sering menghubungkan tali persaudaraan dengan manusia, Allah mungkin menambah
umurnya melebihi 60 tahun. Atau jika seseorang telah ditulis akan memasuki
neraka kemudian di hujung hidupnya beliau bertaubat dan melakukan amal salih
dengan penuh keikhlasan, berkemungkinan beliau akhirnya akan dimasukkan ke
dalam syurga. 

Berhubung dengan ini Allah berfirman: "Allah menghapuskan apa
yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki dan di sisi-Nya
terdapat Ummul Kitab." (Surah Ar-Ra'd ayat 39)

Imam Baijuri di dalam kitab Tuhfatul Murid Syarh Jauharatut Tauhid berkata:
"Lauh Mahfuz, mengikut pendapat yang hak, menerima penghapusan dan penetapan."
Di antara perkara yang boleh mengubah ketetapan di Lauh Mahfuz ialah doa dan
amalan yang baik, berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: "Tiada yang
boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali
perbuatan yang baik." (TIrmIzi)


Lepas dah baca artikel ni, kiranya betul la apa yang aku faham sebelum ni. Tak semua yang jadi dalam hidup kita adalah Takdir.

Contohnya, sifat malas kita untuk mengulangkaji pelajaran semasa peperiksaan, kemudian kita gagal, itu bukan takdir.Sebaliknya bila kita dah bersungguh-sungguh berusaha tapi keputusan tak setimpal dengan apa yang kita usaha itu aku kira Takdir ...

Serupa juga dengan balasan atas perbuatan jahat kita, itu bukan takdir, itu adalah hasil dari dosa yang telah kita buat...Tak boleh la senang-senang kata .."semuanya dah ditakdirkan..".Sedangkan diri sendiri tahu apa dosa yang pernah dilakukan.
Tapi ni tak bermakna kita kita kena tolak takdir, sebagaimana ada juga benda yang memang dah betul-betul tertulis. Contoh yang senang nak faham, adalah jodoh, kesihatan kita dan juga latar belakang kita.Tak bolehlah marah kalau kita dilahirkan dari keluarga susah atau dilahirkan dengan serba kekurangan...

Kesimpulannya pada aku satu jer...kena redha dengan Takdir yang betul-betul di"takdir"kan.....Untuk takdir yang boleh berubah-ubah tu... aku pegang " Doa boleh mengubah takdir"..sebab tu kalau kita cari betul-betul, macam-macam doa ada...doa nak kaya, doa nak panjang umur, hatta doa suami tak kahwin lain pun ada..hehehe...So, kita sendiri boleh faham yang segala-gala yang terjadi dalam hidup ini bukanlah Takdir semata-mata :)...dan boleh berubah bergantung apa yang kita usaha atau lakukan..kan??

Ok.Pesanan dari aku..bila korang dah kaya satu hari nanti, berani tak korang kata.."Dah memang ditakdirkan aku kaya"..(walhal korang punyalah keje kuat nak kaya kan?..hehehe)..
Fikir-fikirkan.. :)

DisyadwaSyidamustafa

No comments:

Post a Comment

Nak komen?...Silakan...