Alif Ba Ta Duniaku

Alif Ba Ta Duniaku

Tuesday, 25 November 2014

Hari Anugerah Pelajar Cemerlang 2


Sabtu lepas turn Hadif dan Hana pulak konvo.Konvo tadika je la tapinya....hihii...Seperti mana yang aku mentioned dalam post aku yang lepas, aku tak mengharap apa-apa award pun.Aku datang cuma nak tengok konsert diorang je....Hadif kata dia kena joget zapin, si Hana jadi rama-rama ...so...memang excited la nak tengok diorang perform.

Cuma Hana je yang dapat tempat ke 5. Hadif tak dapat award apa-apa pun kecuali sijil graduate dari Tadika Eratunas..Tapi apa yang menyentuh hati aku bila Hadif dipilih untuk menjadi ketua membaca doa.Tersentak jugak aku...Hadif tak cerita pulak yang dia kena baca doa.Tiba-tiba aku rasa terharu la pulak...sob sob....terharu...


Lepas tu Hadif terus sambung nyanyi nasyid & salawat....huiii...betul- betul sejuk hati aku nengok ...lancar dan penuh yakin Hadif ni...hehee....seriously aku bangga.. .



Rupanya Hadif banyak buat performance hari tu.Lepas baca doa & nasyid kena joget doo doo ....pastu joget zapin pulak..ermm..macam ada bakat terpendam pulak aku tengok Hadif ni...

Hana pulak joget rama-rama...




Sempat peace suruh mama snap...hihii


Yang ni pulak gambar konvo Hafiz tamat darjah 6..Cepat betul masa berlalu...dah naik menengah pula lepas ni....

Haishh..sebenarnya hati aku tengah dup dap dup dap..Nape??..sebab esok result UPSR keluar...hah..neves.neves.neves...

disya adwa













Wednesday, 19 November 2014

Hari Anugerah Pelajar Cemerlang



Bila dah nak dekat tamat sesi persekolahan setiap tahun , maka bermulalah musim penganugerahan kecermelangan pelajaran anak-anak. Kalau tengok kat Facebook sekarang ni, berderet-deret pic orang dok tepek.

 Masing-masing bercerita tentang kecermelangan anak masing-masing…amik hadiah atas pentas..Yelah , sapa tak bangga kan dapat anak yang cemerlang dalam pelajaran…kalau aku pun, mau aku share tepek beso-beso..hihii

Mula-mula aku tak lah perasan sangat. Sampai sekali tu adik beradik aku sound dalam grup wechat. “Dah, bila ko nak share pic anak2 ko konvo Dah?””…erkkk…hahaha…ada jugak yang alert benda ni…yelah, diorang nak tahu gak pencapaian anak buah diorang kan?...heehehe…

Realitinya, anak aku memang setakat ni belum pernah dapat award apa-apa pun…Hafiz pencapaiannya sederhana sahaja, tak teruk dan tak cemerlang sangat..so-so sahaja…

Aku sebenarnya pun tak berapa push sangat Hafiz tu. Cuma jangan sampai fail la….memang mengamuk aku. Pantang aku kalau fail subjek.

Lagipun husband aku pun tak berapa nak push anak dia . Katanya…sekolah rendah biar dia enjoy dulu…biar dia get along dengan zaman kanak-kanak dia dulu..Sebab dulu pun hubby aku teruk UPSRnya….tapi SPM gempak. No 3 dalam sekolah. Tak ke bangga?.hehehe..Beza plak ngan aku yang memang scorer time UPSR..Tokoh Pelajar lagi…hihii…tapi time SPM cemerlang tapi tak listed kat top ten lah ….huhuu..

Walaupun kami tak push sangat Hafiz, bohong lah kalau kami ni tak risau or hiraukan dia. Hafiz kami hantar tuisyen. Buku tambahan & latihan pun berlambak-lambak kami beli….Cuma ada kemalasan sikit anak aku tu…budak lelaki ni payah sikit kot..huhuu...

Apapun, tahniah lah buat semua yang cemerlang dalam pelajaran.Tahniah untuk ibu-ibu bapa-bapa coz berjaya didik anak-anak menjadi cemerlang. Untuk aku, aku tak kecewa pun.Sedikit pun tidak. Sebab aku sendiri dah letak standard anak aku tahap mana..hehe…Tapi lepas ni, dah masuk sekolah menengah, ada target baru untuk Hafiz.Pastinya standard yang lebih tinggi dari sekolah rendah.

26 hb ni result UPSR akan keluar….ermm…kita tengok nanti Hafiz dapat berapa ye.

Untuk Hadif ngn Hana pulak, 22 hb ni konvo tadika diorang.Pun aku tak mengharap apa-apa award…hehe..





Disya Adwa

Friday, 7 November 2014

Dah lama dahh, baru nak update....

Hari ni tengah  mencari idea nak update apa pun tak tahu..tetiba tangan rajin plak klik2 kat gambo2 lama kat pc ni...so, terjumpa plak satu album gambo aku anak beranak kat rumah salji Genting Highland...syok lah juga menatap gambar2 ni sebab ni captured dari cameraman yg keje kat situ.


dalam rumah salji ni tak dibenarkan guna kamera sendiri...diorang dah sediakan dah cameraman...masuk je dalam ni mesti ada mamat sorang yg akan ikut kita untuk snap aksi2 kita dalam tu...hehehe...tp jadi macam segan la pulak nak posing lebih-lebihkan...almaklumlah....huhuu...

 Kami pergi dua keluarga dengan keluarga abang ipar aku sekali.Mula-mula bila diberitahu cuma 30 minit je boleh dok dalam tu merungut-rungut rasa tak patut..sekali dah masuk baru 5 minit dah nak rasa nak terkucil...hehehe..."tejuk nyer mama...." ~hadif..
 Bergambar ngan ank buah, si Wana .





 Jangan terkejut tengok my hubby pakai seluar pendek, sebab tak plan pun nak masuk sini...ngeh ngeh.....





Ni dia pic aku satu family. Dah lama dah ni gambar ni...tahun lepas rasanya...masa ni hubby mok sikit, sebab tu aku nampak mcm kurus sikit..(kurus kerrr???...kuikuiii)




Tak sampai 30 minit sume dah tak tahan...hidung masing-masing dah merah nak beku....haishhh..macamanalah nak bercuti kat salji oversea camniiii.....kehkeh...

Itu je la laporan hari ni....motip , nak tunjuk gambo muka menten je tak berkilat...sejuk beku bedak i, mekap i tak cair...nampak comey...(statement poyo..kwang2).

Daaa...
Disya Adwa.



Wednesday, 5 November 2014

15 Minit Tea Break

Perghhh...lama betul aku tak jengah blog aku ni...setahun lebih ko....hahaha...

Nape ntah nyampah pulak aku baca post aku yang lepas-lepas...macam jiwang je...macam skema jer....

So, hari ni aku ingat nak start balik la blog aku ni....malas la nak skema-skema...

Hari ni aku try update blog aku dalam tempoh masa 15 minit je...ni pun time tea break keje...hikhikk...ok ker...sempat ke ni...

Sempat kot...haa...nak uplod gambo apa ekk arini....haaaa...cepat pilih syida cepat!!..masa dah nak time niihhh....
Nape aku upload gambar ni?....sebab diorang lah yang tengah ada dalam fikiran aku time ni...huhuuuu....Nape ekk...dah tentulah sebab aku rindu sangat kat mak ngan abah....ahhhhh......sob..sob...


Ok, ini je yang sempat..jap lg siren bunyik....nyeengggggg!!!!! dah abes tea break dah...dah.dah. gi sambung balik keje....

Tata...muah muahh...ehhh?...hahaha