Alif Ba Ta Duniaku

Alif Ba Ta Duniaku

Wednesday, 19 November 2014

Hari Anugerah Pelajar Cemerlang



Bila dah nak dekat tamat sesi persekolahan setiap tahun , maka bermulalah musim penganugerahan kecermelangan pelajaran anak-anak. Kalau tengok kat Facebook sekarang ni, berderet-deret pic orang dok tepek.

 Masing-masing bercerita tentang kecermelangan anak masing-masing…amik hadiah atas pentas..Yelah , sapa tak bangga kan dapat anak yang cemerlang dalam pelajaran…kalau aku pun, mau aku share tepek beso-beso..hihii

Mula-mula aku tak lah perasan sangat. Sampai sekali tu adik beradik aku sound dalam grup wechat. “Dah, bila ko nak share pic anak2 ko konvo Dah?””…erkkk…hahaha…ada jugak yang alert benda ni…yelah, diorang nak tahu gak pencapaian anak buah diorang kan?...heehehe…

Realitinya, anak aku memang setakat ni belum pernah dapat award apa-apa pun…Hafiz pencapaiannya sederhana sahaja, tak teruk dan tak cemerlang sangat..so-so sahaja…

Aku sebenarnya pun tak berapa push sangat Hafiz tu. Cuma jangan sampai fail la….memang mengamuk aku. Pantang aku kalau fail subjek.

Lagipun husband aku pun tak berapa nak push anak dia . Katanya…sekolah rendah biar dia enjoy dulu…biar dia get along dengan zaman kanak-kanak dia dulu..Sebab dulu pun hubby aku teruk UPSRnya….tapi SPM gempak. No 3 dalam sekolah. Tak ke bangga?.hehehe..Beza plak ngan aku yang memang scorer time UPSR..Tokoh Pelajar lagi…hihii…tapi time SPM cemerlang tapi tak listed kat top ten lah ….huhuu..

Walaupun kami tak push sangat Hafiz, bohong lah kalau kami ni tak risau or hiraukan dia. Hafiz kami hantar tuisyen. Buku tambahan & latihan pun berlambak-lambak kami beli….Cuma ada kemalasan sikit anak aku tu…budak lelaki ni payah sikit kot..huhuu...

Apapun, tahniah lah buat semua yang cemerlang dalam pelajaran.Tahniah untuk ibu-ibu bapa-bapa coz berjaya didik anak-anak menjadi cemerlang. Untuk aku, aku tak kecewa pun.Sedikit pun tidak. Sebab aku sendiri dah letak standard anak aku tahap mana..hehe…Tapi lepas ni, dah masuk sekolah menengah, ada target baru untuk Hafiz.Pastinya standard yang lebih tinggi dari sekolah rendah.

26 hb ni result UPSR akan keluar….ermm…kita tengok nanti Hafiz dapat berapa ye.

Untuk Hadif ngn Hana pulak, 22 hb ni konvo tadika diorang.Pun aku tak mengharap apa-apa award…hehe..





Disya Adwa

No comments:

Post a Comment

Nak komen?...Silakan...