Akhirnya tiba jua hari terakhir di tahun 2012.Tamat hari ni maka complete lah 365 hari untuk tahun 2012..eh, silap...366 hari..(kan tahun ni tahun lompat..)
Macam biasa, bila tiba akhir tahun ni, selalu kita akan revise & review perkara-perkara yang pernah dan dah kita lalui sepanjang tahun.Ada kenangan , ada ujian ,ada pencapaian dan macam-macam lagi.
Buat diri aku, apa pun yang dah berlaku tetap aku jadikan pengajaran untuk diri sendiri.Pahit ke manis ke, semua tu aku anggap sillibus pelajaran hidup untuk aku. Yang manis, sudah tentulah aku akan simpan dan tak akan padam.Yang pahit pula,biarlah aku pelahan-lahan aku cuba lupakan dan ambil iktibar.Belajar bersyukur untuk yang manis, belajar bersabar untuk yang pahit..
Harapan 2013?...
Yang pertama-tamanya, harapan untuk diri sendiri , semoga aku kuat melalui apa jua yang bakal tersurat untuk aku tempuh, terutamanya yang pahit...sangat berharap moga aku diberi kesihatan seperti tahun-tahun yang sudah.Sebab bagi aku kesihatan yang paling penting.Kalau aku tak sihat, alamatnya, susahlah aku nak berjuang...huhuu...
Azam? dah tentulah ada..Azam aku nak cantik...hahaha....acah aje...azam aku generally nak naiktaraf hidup aku...itu aje..(klise kan?).. :).
Apapun, aku tahu apa jua yang aku azamkan kena ada usaha.Setakat cakap dan omong-omong kosong ni, tersangatlah senang....(dari sekilo byte boleh jadi bermega-mega bytes..hehehe...)So, aku cuma target benda-benda yang aku rasa senang nak capai.
Selain usaha, doa pun kena ada.Kena selalu minta pada Dia yang Maha Pengasih.Dalam masa yang sama aku memang berharap sangat mak ngan abah tolong doakan aku.Aku percaya doa diorang tu makbul.Sebagaimana apa yang aku ada hari ni, semuanya berkat doa mereka.Waktu aku jatuh , waktu aku bangun..doa diorang tetap ada untuk aku walaupun dari jauh.
Kesimpulannya, tahun tetap akan berganti, kiraan satu dari 365 hari tetap akan bermula kembali..masa tak akan menunggu sesiapa pun.Selagi nyawa belum tertulis untuk diambil, selagi itu kena lalu..tak kira sakit ke, sengsara ke..kena lalu juga.
Alamakk!!..bertambah lagi lah umur aku....hehehe..takpe, yang berubah hanya pada angka, bukan pada rupa & jiwa...ahakss..boleh gitu???..(gedik ko Syida... :P)
Ok.Salam Tahun Baru 2013.
Disya Adwa.Syida Mustafa.
Monday, 31 December 2012
Friday, 21 December 2012
Sekali Lagi...Mula.Intro..
Baru aku tahu rupanya susah juga nak maintain berblogging ni. Dah berapa kali dah aku revert back aku punya entri.Nak launching jauh sekali la...tunggu dah banyak sikit isi baru aku launching. Aku ni plan macam-macam tapi masih lagi di takuk lama.Membebel sendiri dalam hati..tulis merata-rata file..kejap kat lap top,kejap kat desktop, kejap kat handphone..tak pun kat buku diari keje aku...ngeh..ngeh..
..
Alang-alang dah nak masuk tahun baru 2013 ni, aku ingat aku nak try lagi sekali.Nak membebel dalam blog..Kira nak jadikan satu hobi baru la kan..Oleh kerana itu aku kena belajar satu persatu tentang blogging ni.Almaklumlah aku tak berapa nak ambil tahu sangat benda ni.Buta IT katakan...hehehe
Aku tahu berblogging ni kena ada ilmu. Nak buat entri ni pun bukan suka-suka hati nak membebel.Lagi-lagi aku ni yang datang dari bidang Engineering, Punyalah payah aku nak susun ayat.Terkial-kial ni nak buat ayat.Kejap-kejap erase..kejap-kejap backspace..hehehe...
Angan-angan kat hati ni nak create blog yang ada ilmu sikit.Ilmu tentang apa yang aku tahu.Tentang kerja aku, tentang hobi aku. Tentang benda-benda yang aku baru tahu ..Mudah-mudahan dengan apa yang aku bakal share nanti akan beri manfaat buat sesiapa yang searching...kan?
So, oleh kerana aku dah merangka apa yang aku nak buat ni, banyak jugaklah yang aku kena set up. Especially jadual harian aku..ermmm...kena adjust masa.kena increase tenaga & otak...lepas tu kena rajin baca buku..untuk improve aku punya karangan kat blog ni..hehehe..
Harap-harap lepas ni aku boleh maintain menulis kat sini.Mudah-mudahan tuhan bagi kesihatan dan kelapangan untuk aku mencebur diri dalam benda lama yang baru aku nak ikut ni...hehehe
Ok. Salam Intro dari aku. Disya Adwa.Syida Mustafa 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)