Alif Ba Ta Duniaku

Alif Ba Ta Duniaku

Friday, 21 December 2012

Sekali Lagi...Mula.Intro..

Baru aku tahu rupanya susah juga nak maintain berblogging ni. Dah berapa kali dah aku revert back aku punya entri.Nak launching jauh sekali la...tunggu dah banyak sikit isi baru aku launching. Aku ni plan macam-macam tapi masih lagi di takuk lama.Membebel sendiri dalam hati..tulis merata-rata file..kejap kat lap top,kejap kat desktop, kejap kat handphone..tak pun kat buku diari keje aku...ngeh..ngeh..
..

Alang-alang dah nak masuk tahun baru 2013 ni, aku ingat aku nak try lagi sekali.Nak membebel dalam blog..Kira nak jadikan satu hobi baru la kan..Oleh kerana itu aku kena belajar satu persatu tentang blogging ni.Almaklumlah aku tak berapa nak ambil tahu sangat benda ni.Buta IT katakan...hehehe

Aku tahu berblogging ni kena ada ilmu. Nak buat entri ni pun bukan suka-suka hati nak membebel.Lagi-lagi aku ni yang datang dari bidang Engineering, Punyalah payah aku nak susun ayat.Terkial-kial ni nak buat ayat.Kejap-kejap erase..kejap-kejap backspace..hehehe...

Angan-angan kat hati ni nak create blog yang ada ilmu sikit.Ilmu tentang apa yang aku tahu.Tentang kerja aku, tentang hobi aku. Tentang benda-benda yang aku baru tahu ..Mudah-mudahan dengan apa yang aku bakal share nanti akan beri manfaat buat sesiapa yang searching...kan?

So, oleh kerana aku dah merangka apa yang aku nak buat ni, banyak jugaklah yang aku kena set up. Especially jadual harian aku..ermmm...kena adjust masa.kena increase tenaga & otak...lepas tu kena rajin baca buku..untuk improve aku punya karangan kat blog ni..hehehe..

Harap-harap lepas ni aku boleh maintain menulis kat sini.Mudah-mudahan tuhan bagi kesihatan dan kelapangan untuk aku mencebur diri dalam benda lama yang baru aku nak ikut ni...hehehe

Ok. Salam Intro dari aku. Disya Adwa.Syida Mustafa 2012

No comments:

Post a Comment

Nak komen?...Silakan...