Alif Ba Ta Duniaku

Alif Ba Ta Duniaku

Monday, 31 December 2012

Hari Terakhir 2012

Akhirnya tiba jua hari terakhir di tahun 2012.Tamat hari ni maka complete lah 365 hari untuk tahun 2012..eh, silap...366 hari..(kan tahun ni tahun lompat..)

Macam biasa, bila tiba akhir tahun ni, selalu kita akan revise & review perkara-perkara yang pernah dan dah kita lalui sepanjang tahun.Ada kenangan , ada ujian ,ada pencapaian dan macam-macam lagi.

Buat diri aku, apa pun yang dah berlaku tetap aku jadikan pengajaran untuk diri sendiri.Pahit ke manis ke, semua tu aku anggap sillibus pelajaran hidup untuk aku. Yang manis, sudah tentulah aku akan simpan dan tak akan padam.Yang pahit pula,biarlah aku pelahan-lahan aku cuba lupakan dan ambil iktibar.Belajar bersyukur untuk yang manis, belajar bersabar untuk yang pahit..

Harapan 2013?...

Yang pertama-tamanya, harapan untuk diri sendiri , semoga aku kuat melalui apa jua yang bakal tersurat untuk aku tempuh, terutamanya yang pahit...sangat berharap  moga aku diberi kesihatan seperti tahun-tahun yang sudah.Sebab bagi aku kesihatan yang paling penting.Kalau aku tak sihat, alamatnya, susahlah aku nak berjuang...huhuu...

Azam? dah tentulah ada..Azam aku nak cantik...hahaha....acah aje...azam aku generally nak naiktaraf hidup aku...itu aje..(klise kan?).. :).

Apapun, aku tahu apa jua yang aku azamkan kena ada usaha.Setakat cakap dan omong-omong kosong ni, tersangatlah senang....(dari sekilo byte boleh jadi bermega-mega bytes..hehehe...)So, aku cuma target benda-benda yang aku rasa senang nak capai.

Selain usaha, doa pun kena ada.Kena selalu minta pada Dia yang Maha Pengasih.Dalam masa yang sama aku memang berharap sangat mak ngan abah tolong doakan aku.Aku percaya doa diorang tu makbul.Sebagaimana apa yang aku ada hari ni, semuanya berkat doa mereka.Waktu aku jatuh , waktu aku bangun..doa diorang tetap ada untuk aku walaupun dari jauh.

Kesimpulannya, tahun tetap akan berganti, kiraan satu dari 365 hari tetap akan bermula kembali..masa tak akan menunggu sesiapa pun.Selagi nyawa belum tertulis untuk diambil, selagi itu kena lalu..tak kira sakit ke, sengsara ke..kena lalu juga.

Alamakk!!..bertambah lagi lah umur aku....hehehe..takpe, yang berubah hanya pada angka, bukan pada rupa & jiwa...ahakss..boleh gitu???..(gedik ko Syida... :P)

Ok.Salam Tahun Baru 2013.
Disya Adwa.Syida Mustafa.














No comments:

Post a Comment

Nak komen?...Silakan...