Alif Ba Ta Duniaku

Alif Ba Ta Duniaku

Thursday, 29 January 2015

Jom Zumba

El amour el amour el amour!!.....uh uh…hehehe….amenda tu?.....tu lirik lagu zumba dancing yang aku follow sekarang ni. Almaklumlah, aku dah start programme Zumba kat rumah.terngiang ngiang pulak lagunya kat telinga ni.Aku try nak kurangkan berat badan aku ni haaa…punyalah kembang sekarang nihhh…huhuuu
Langsingnya pinggang  aku dia...hehehe

Puas hati jugak aku follow game ni.Buat dalam rumah je kan, selamat, tak payah nak pakai baju elok-elok, nak berkasut bagai…aku belasah kaki ayam je joget…hahaha…Berpeluh-peluh…selebet , tapi takde siapa nampak..kihkihh…

Setakat ni aku masih di level beginner.Susah jugak mula-mula nak ikut step dia. Maklumlah aku ni keras punya orang, nak lenggok-lenggok tu memang aku fail laaa…hahaha

Untuk permulaan, aku join dulu Zumba class mode. Aku skip tutorials sebab tak sabo…hahaha…

Satu game (satu sessi) tu timing dia 20 minit. Tapi dia bahagikan lagi dengan 5 lagu. Kira dalam satu game tu ada 5 style tarian la, kira-kira satu syle tu lebih kurang 4 minit .First tarian untuk panaskan badan.Ok je…warming kan…takat kinja-kinja sikit je..hehehe….kacang je…tak peluh sangat pun.

Lepas tu masuk lagu yang kedua dah rancak sikit…time ni dah start dia focus kat kaki ngan pinggang..

Oh ya, Game ni guna teknologi kinect yang mana dia akan scan pergerakan kita time kita menari tu. Kena ikut instructor kat game tu menari, kira macam mengadap cermin la gitu.Lenggok tarian kena sama, baru dapat markah lebih sikit..Kaki, pinggang ngan lengan…haaa…kena ikut .Kalau dia suruh ke kanan ke kanan la..satu lagi, dua lagi…heeeee
Zumba Fitness.Party




Kalau sipi-sipi jadi kuning

Kalau lenggok ngam ngan instructor dia jadi hijau.


Yang ni jadi merah sebab tak ikut step.Bistu menari sambil snap, mana leh hijau kok...


Style dancing ke tiga lagi mencabar, agak laju sikit, bersilang-silang kaki aku nak mengikut gaya instructor tu…kelam kelibut, paling kemuncak bila dia suruh goyangkan pungung, pastu gerakkan pinggan plak, pastu terus kena gerakkan pinggang, punggung & lengan serentak..hahaha..haru biru ko….nak lemas rasa, time ni peluh memang dah menjalar-jalar lah, yelah, aku kan banyak lemak, opkos la banyak cairan peluh yang keluar kan….

Last sekali lagu padang pasir, belly dancing gitu untuk cool down…..yang ni best, seksi gitu tariannya, banyak focus pinggang punggung & lengan secara perlahan. Walaupun pelan, peluh tetap keluar….

Haaa…seksa jugak lah nak settlekan 20 minit ni. Tapi apa nak buat, aku kena paksa diri. Dah takde cara lain lagi rasanya. Maklumlah, masa aku agak terhad. Mana nak siapkan kerja rumah lagi, masak, anak-anak…suami…phewwwww….

Aku buat 2 sessi , kiranya 20 minit 20 minit la…total 40 minit…Game ni satu slot ada 2 kali , slot 1 20 minit, slot 2, 20 minit. Aku belasah je terus dua-dua slot, target nak turun cepat gitu....hahahahah

Settle 40 minit ni memang lencun la baju. Banyak giler peluh keluar. Bagus la Zumba ni…Patut la ramai yang join xtvt zumba kat luar tu…Tak sia-sia encik suami belikan X box game ni tuk anak dia….hehehe…anak-anak dah naik sekolah dah tak boleh main game…turn mak diorang pulak yang mengadap game..yihaaa...                               

Ok, jom sahut cabaran berzumba & Don’t forget to drink your water…<-------pesanan instructor game tu tiap kali abis satu sessi…heheheh…

No comments:

Post a Comment

Nak komen?...Silakan...