Alif Ba Ta Duniaku

Alif Ba Ta Duniaku

Wednesday, 11 February 2015

My Perfect 10 Job ; Kenapa aku bertahan



Cerita pasal kerja rasanya kerja aku yang kali ni la yang paling lama aku bertahan. 8 tahun. Walaupun tak cecah pun 10 tahun, pada aku ini satu pencapaian terbaik dalam hidup aku. Bertahan bekerja di bawah satu jenama kompeni yang sama  bukan satu  mudah untuk aku tempuh dan bertahan
                                           
Bila fikir-fikir balik,tak sangka aku bertahan selama ni. Tak pernah terbayang pun yang aku akan capai tempoh masa ni.Kenapa ya?? Mungkinkah kerana kerja aku ni my perfect job????

Ermmm…cuba aku list kan, kenapa agaknya aku bertahan..??

Satu.
Sebab jarak tempat kerja aku dekat dengan rumah …16 km jer…Pada aku dekatlah, nak dapat kerja yang jarak kurang 10 km dari rumah tu bukan senang & bukan ada pun…kalau ada pun, kerja yang bukan bidang aku kot…huhuuu

Dua.
Sebab kat sini senang nak keluar kejap-kejap.Heh. Boleh kuar jap la nak pergi mana.Contoh nak bayar bil ke, nak gi bank ker..nak balik umah kejap pun boleh…hehehe…Cuma ngular jer tak boleh tawwwwwww…(ye ker???)

Tiga.
Sebab tempat kerja aku tak ramai pompuan…ngeee….serius, aku memang kurang suka kerja kat tempat ramai staff pompuan..heheh..kerja dengan lelaki lebih mencabar sebab lelaki kan kasar, tak mudah amik hati…pastu diorg kuat , apa2 aku pass je kat diorang...hahaha…nampak tak motip..

Empat.
Department yang aku kerja ni tak begitu bizi gila-gila macam department lain.Ikut musim. Klau musim banyak trial, banyak problem, memang pening & terkejar-kejar la…tapi masih terkawal dengan pantas...yes..i like..hehe

Lima.
Bos baik..ecececehhhh…..boleh la, bos aku boleh masuk kategori baik lah, aku rasa aku tak sanggup kalau tukar bos lain…ngeh ngeh…Bos aku ni banyak ajar aku macam mana nak jadi pekerja terbaik gitu…aku yang start dari zero dia yang banyak tunjuk ajar.Tahun demi tahun banyak ilmu yang aku dah catch up & rasanya aku dah boleh ambil alih semua tugas bos aku....muahaha...(perasan)

Enam.
Company yang aku kerja ni staffnya berbilang kaum. No foreigner. Jumlah pekerja India, Melayu & Cina sama je lebih kurang.So, aku save sikit sebab tak payah nak cerita banyak-banyak hal politik…hihii…kalau bercakap kat opis ni memang campur-campur la…”u tak taw mehhhh?...” “itu barang sudah mari ???””..kehkehh…”can believe ka???”..<---yang ni bila cakap ngn bos jepun…haitttt.

Tujuh.
Kawan-kawan aku kat sini baik-baik semuanya. Tak ada yang sombong bongkak, takde yang mulut laser.Kerja kat sini sangat kool.Kurang stress nak melayan perangai orang.Klau takat berangin-berangin tu small matter la kan…aku pun kadang-kadang berangin pus-pus gak…


Lapan.
Kerja sini ada bonus tiap-tiap tahun. Ada extra lagi kalau sales capai target boleh la dapat insentif sebulan- dua.Kira Ok la tu bagi aku.Cukup la untuk aku spare wat bayar renewal roadtax kereta tiap-tiap tahun.


Sembilan.
Perjalanan kerja aku dari rumah ke sini tak ada masalah kesesakan lalulintas.Sangat minimum. Kecuali ada eksiden ke, tu lain la kan….Aku memang tak tahan mengadap jammed. Cukup lah aku merasa masa pergi outside training kena tempuh laluan kl yang jammed…2 hari aku dah rasa macam nak pengsan dah. So, memang bersyukur sangat-sangat la aku dapat kerja kat sini.


Sepuluh.
mungkinkah kerja aku ni dalam list perfect 10 job??? Hehehe…rasa tak mungkin kot sebab dalam banyak-banyak kebestsan kerja sini satu je yang aku tak boleh terima & tahan. Salary..kalau ikutkan standard salary sepatutnya lebih tinggi dari gaji yang aku dapat kat sini. Tapi maybe kerana 9 fact kat atas tu boleh cover kekurangan yang satu ni, makanya aku bertahan, walau gaji kecik....Hehehe…lagipun , mana ada benda yg perfect…....kan???



Kawan-kawan sekerja :)



No comments:

Post a Comment

Nak komen?...Silakan...