Cerita pasal kerja rasanya kerja aku yang kali ni la yang
paling lama aku bertahan. 8 tahun. Walaupun tak cecah pun 10 tahun, pada aku
ini satu pencapaian terbaik dalam hidup aku. Bertahan bekerja di bawah satu jenama kompeni yang sama bukan satu mudah untuk aku tempuh dan bertahan
Bila fikir-fikir balik,tak sangka aku bertahan selama ni. Tak pernah terbayang pun yang aku akan capai tempoh masa ni.Kenapa ya?? Mungkinkah kerana kerja aku ni my
perfect job????
Ermmm…cuba
aku list kan,
kenapa agaknya aku bertahan..??
Satu.
Sebab jarak tempat kerja aku dekat dengan rumah …16 km
jer…Pada aku dekatlah, nak dapat kerja yang jarak kurang 10 km dari rumah tu
bukan senang & bukan ada pun…kalau ada pun, kerja yang bukan bidang aku
kot…huhuuu
Dua.
Sebab kat sini senang nak keluar kejap-kejap.Heh. Boleh kuar
jap la nak pergi mana.Contoh nak bayar bil ke, nak gi bank ker..nak balik umah
kejap pun boleh…hehehe…Cuma ngular jer tak boleh tawwwwwww…(ye ker???)
Tiga.
Sebab tempat kerja aku tak ramai pompuan…ngeee….serius, aku
memang kurang suka kerja kat tempat ramai staff pompuan..heheh..kerja dengan
lelaki lebih mencabar sebab lelaki kan
kasar, tak mudah amik hati…pastu diorg kuat , apa2 aku pass je kat diorang...hahaha…nampak
tak motip..
Empat.
Department yang aku kerja ni tak begitu bizi gila-gila macam
department lain.Ikut musim. Klau musim banyak trial, banyak problem, memang pening
& terkejar-kejar la…tapi masih terkawal dengan pantas...yes..i like..hehe
Lima.
Bos baik..ecececehhhh…..boleh la, bos aku boleh masuk
kategori baik lah, aku rasa aku tak sanggup kalau tukar bos lain…ngeh ngeh…Bos
aku ni banyak ajar aku macam mana nak jadi pekerja terbaik gitu…aku yang start
dari zero dia yang banyak tunjuk ajar.Tahun demi tahun banyak ilmu yang aku dah
catch up & rasanya aku dah boleh ambil alih semua tugas bos aku....muahaha...(perasan)
Enam.
Company yang aku kerja ni staffnya berbilang kaum. No
foreigner. Jumlah pekerja India, Melayu & Cina sama je lebih kurang.So, aku
save sikit sebab tak payah nak cerita banyak-banyak hal politik…hihii…kalau
bercakap kat opis ni memang campur-campur la…”u tak taw mehhhh?...” “itu barang
sudah mari ???””..kehkehh…”can believe ka???”..<---yang ni bila cakap ngn
bos jepun…haitttt.
Tujuh.
Kawan-kawan aku kat sini baik-baik semuanya. Tak ada yang
sombong bongkak, takde yang mulut laser.Kerja kat sini sangat kool.Kurang
stress nak melayan perangai orang.Klau takat berangin-berangin tu small matter
la kan…aku
pun kadang-kadang berangin pus-pus gak…
Lapan.
Kerja sini ada bonus tiap-tiap tahun. Ada extra lagi kalau sales capai target boleh
la dapat insentif sebulan- dua.Kira Ok la tu bagi aku.Cukup la untuk aku spare
wat bayar renewal roadtax kereta tiap-tiap tahun.
Sembilan.
Perjalanan kerja aku dari rumah ke sini tak ada masalah
kesesakan lalulintas.Sangat minimum. Kecuali ada eksiden ke, tu lain la kan….Aku memang tak
tahan mengadap jammed. Cukup lah aku merasa masa pergi outside training kena tempuh laluan
kl yang jammed…2 hari aku dah rasa macam nak pengsan dah. So, memang bersyukur
sangat-sangat la aku dapat kerja kat sini.
Sepuluh.
mungkinkah kerja aku ni dalam list perfect 10 job???
Hehehe…rasa tak mungkin kot sebab dalam banyak-banyak kebestsan kerja sini satu
je yang aku tak boleh terima & tahan. Salary..kalau ikutkan standard salary
sepatutnya lebih tinggi dari gaji yang aku dapat kat sini. Tapi maybe kerana 9
fact kat atas tu boleh cover kekurangan yang satu ni, makanya aku bertahan, walau gaji kecik....Hehehe…lagipun , mana ada benda yg perfect…....kan???
|
Kawan-kawan sekerja :) |